Menurut Dr Siti
Alia beliau sememangnya gemar melakukan pengembaraan di dalam dan luar negara.
Beliau telah memulakan minat pengembaraan ini sejak berumur 16 tahun lagi.
Bayangkan sahaja pengalaman yang telah beliau peroleh pasti bak tingginya
Gunung Kinabalu yang ada di Sabah ni...Hebat sungguh Dr Siti Alia, bukan
calang-calang orangnya. Hal ini demikian kerana, kita semua bayangkan sahajalah
pada usia 16 tahun kita semua masih dalam pemikiran yang separa matang dan ada
sesetengah yang belum matang sepenuhnya. Dan kebarangkalian untuk berfikir
seperti Dr Siti Alia ini adalah sangat tipis. Tetapi Dr Siti Alia berjaya
membuktikan bahawa umur itu bukan penghalang untuk seseorang melakukan
pengembaraan. Pelbagai destinasi yang telah diterokai oleh Dr Siti Alia.
Seseorang itu
mengembara pasti mempunyai tujuan. Contohnya untuk mempelajari bahasa baru,
mengenal budaya masyarakat dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman Dr Siti Alia,
beliau mengembara ke suatu tempat untuk mendapatkan sesuatu yang baru untuk dipelajari.
Banyak perkara yang boleh diperolehi. Antaranya dialek setiap tempat
berbeza-beza. Bahkan setiap tempat mempunyai kenunikan dan keistimewaan
tersendiri. Keunikan dari aspek makanan, seni bina, tingkah laku masyarakat,
pakaian dan sebagainya. Keistimewaan ini merupakan cerita menarik buat
pengembara .