Friday, April 30, 2021

BBM 3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA




KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



Menurut Dr Siti Alia beliau sememangnya gemar melakukan pengembaraan di dalam dan luar negara. Beliau telah memulakan minat pengembaraan ini sejak berumur 16 tahun lagi. Bayangkan sahaja pengalaman yang telah beliau peroleh pasti bak tingginya Gunung Kinabalu yang ada di Sabah ni...Hebat sungguh Dr Siti Alia, bukan calang-calang orangnya. Hal ini demikian kerana, kita semua bayangkan sahajalah pada usia 16 tahun kita semua masih dalam pemikiran yang separa matang dan ada sesetengah yang belum matang sepenuhnya. Dan kebarangkalian untuk berfikir seperti Dr Siti Alia ini adalah sangat tipis. Tetapi Dr Siti Alia berjaya membuktikan bahawa umur itu bukan penghalang untuk seseorang melakukan pengembaraan. Pelbagai destinasi yang telah diterokai oleh Dr Siti Alia.

Seseorang itu mengembara pasti mempunyai tujuan. Contohnya untuk mempelajari bahasa baru, mengenal budaya masyarakat dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman Dr Siti Alia, beliau mengembara ke suatu tempat untuk mendapatkan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Banyak perkara yang boleh diperolehi. Antaranya dialek setiap tempat berbeza-beza. Bahkan setiap tempat mempunyai kenunikan dan keistimewaan tersendiri. Keunikan dari aspek makanan, seni bina, tingkah laku masyarakat, pakaian dan sebagainya. Keistimewaan ini merupakan cerita menarik buat pengembara .








No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

Tugasan terakhir untuk minggu ke 14. Pada kali ini Prof menyuruh kami untuk post di Instagram tentang SEPI Post saya 5 post kawan-kawan saya