Pendekatan Analisis Wacana
(Normaliza Abd Rahim, 2018b)
PRA-ANDAIAN |
EMOSI |
NILAI DAN
BUDAYA |
BAHASA |
INFERENS |
1.
Intuisi 2.
Konteks
·
Penerimaan/Penafian ·
Keperluan ·
Perujukan ·
Anafora ·
Pengulangan ·
Kekaburan ·
Penegasan |
1.
Positif 2.
Negatif 3.
Emosi
Bercampur
·
Perangai ·
Personaliti ·
Mood ·
Motivasi |
1.
Diri 2.
Masyarakat 3.
Adat
·
Jujur, ikhlas,
baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan ·
Berdikari,
hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan ·
Hormat
menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat ·
Keadilan,
kebebasan, rasional |
1.
Bahasa
pertama/kedua/ketiga 2.
Formal/tidak
formal 3.
Kesalahan
bahasa 4.
Linguistik |
1.
Rumusan
keseluruhan 2.
Rumusan topik
perbincangan 3.
Penutup kata |
Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Berdasarkan jadual di atas, terdapat lima pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018b). Elemen yang pertama adalah pra-andaian. Pra-andaian merupakan sesuatu perkara atau benda yang dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan permulaan garis hujah atau tindakan.
Seterusnya, elemen kedua adalah emosi. Emosi merupakan sesuatu perasaan yang melibatkan jiwa yang muncul dalam diri seseorang. Emosi boleh wujud dari segi positif ataupun negatif serta emosi bercampur.
Selain itu, elemen ketiga adalah nilai dan budaya. Elemen ini akan dianalisis dari segi aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai dan budaya merangkumi dalam falsafah pendidikam negara.
Di samping itu, elemen keempat adalah bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi manusia antara penutur dengan pendengar. Bahasa boleh terbahagi kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.
Akhir sekali, elemen inferens. Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.
No comments:
Post a Comment