Assalamualaikum. Pada minggu ke-3 ini, Prof memberi tugasan untuk meringkasan cerita sosial 2: Saya yang Istimewa.
Cerita ini berkisarkan tentang keluarga Alim yang sangat bahagia. Alim merupakan anak ketiga dalam empat adik-beradik. Alim mempunyai seorang abang yang bernama Imran, seorang kakak yang bernama Madinah dan seorang adik bernama Aisyah. Alim juga masih mempunyai bapa dan ibu. Alim terasa Istimewa kerana mendapat layanan yang baik dari keluarganya. Hal ini demikian kerana bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang telah dibelinya dari pasar tani. Bapa Alim sangat memahami bahawa Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah sangat suka makan buah-buahan tempatan. Bapa Alim membeli pelbagai buah-buah tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Mereka menikmati buah tersebut bersama-sama. Ibu telah menyediakan satu bakul sampah untuk mereka. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan Alim dan ahli keluarganya membuang sampah merata-rata. Dengan itu, rumah mereka tidak akan kotor dan bersepah. Alim sentiasa mengingati pesan ibunya untuk sentiasa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Menurut ibunya berkongsi merupakan perbuatan yang baik. Oleh itu, Alim meminta izin ibunya untuk memberi Sulaiman sedikit buah-buahan tersebut. Setelah ibu mendengar permintaan Alim, ibu latas mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik berwarna merah. Selasai sahaja ibu mengasingkan, Alim terus menuju ke rumah Sulaiman untuk menghulurkan plastik tersebut lalu menukar arah untuk pulang ke rumah. Jelas kegembiraan Sulaiman terpancar diwajahnya. Sulaiman mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.Selepas selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya mengemas rumah. Sewaktu Alim membawa sampah kulit buah-buahan, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah merupakan ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah pula menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya. Mak Cik Timah memandang anaknya dengan perasaan gembira kerana Sulaiman mempunyai teman sebaik Alim. Alim suka berkawan dengan Sulaiman. Selesai membuang sampah, Alim melambai Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam Rumah. Sambil melihat Alim berjalan Mak Cik Timah mengkat doa untuk kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Bukti kehadiran minggu-3
No comments:
Post a Comment