Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.

Nota: Mugshot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan kepada bahagian muka. Mugshot diambil bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dan emosi secara lebih terperinci

Model: Mohd Ikhmal bin Mohamed Zahadi

1. Emosi: Gembira

Huraian: Model sedang menunjukkan 6 reaksi emosi gembira. Gembira merupakan emosi yang positif yang dapat memberi aura kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. p/s: bukan senang tau model nak buat 6 reaksi gembira macam ni 😛


2. Emosi: Sedih



Huraian: Emosi sedih merupakan emosi yang paling tidak disukai terjadi oleh semua orang. Emosi ini merupakan emosi yang negatif yang melambangkan seseorang itu berada dalam kesusahan atau dilanda musibah.


3. Emosi: Takut



Huraian: Takut merupakan sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri. Takut juga merupakan perasaan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena.


4. Emosi: Geram



Huraian: Sesuatu emosi yang tidak stabil dimana seseorang itu ingin melepaskan rasa sesuatu atau keinginan yang tertentu.


5. Emosi: Marah


Huraian: Marah merupakan emosi yang negatif yang perlu dielakkan oleh semua orang. Marah ini timbul disebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dalam pelbagai perkara.


6. Emosi: Terkejut


Huraian: Terkejut boleh terjadi dalam pelbagai aspek seperti apabila seseorang itu melihat sesuatu yang jarang ditemui atau terkejut kerana mendapat berita yang buruk dan sebagainya.


7. Emosi: Ketawa


Huraian: Ketawa merupakan emosi yang berbeza dengan emosi gembira. Ketawa terjadi apabila seseorang itu melihat perkara yang sangat melucukan.


No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

Tugasan terakhir untuk minggu ke 14. Pada kali ini Prof menyuruh kami untuk post di Instagram tentang SEPI Post saya 5 post kawan-kawan saya