Saturday, April 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 Assalamualaikum, apa khabar semua ? Kali ini Prof. bagi tugasan tentang bahasa isyarat. Macam menarik kan nak tahu tentang bahasa isyarat ni kan. Sebelum saya pergi lebih lanjut, izinkan saya untuk terangkan apa itu bahasa isyarat ? Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan binir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seseorang penutur.

Di kesempatan ini, saya akan sertakan link dari Youtube berkenaan dengan celik bahasa isyarat yang bersiaran langsung pada 7 April 2021 (Rabu) dimana dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang dikongsikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.


LINK VIDEO:  https://youtu.be/-h5hlplln24   

KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Kebiasaannya bahasa isyarat digunakan untuk berkomunikasi dengan seseorang itu untuk saling berkongsi maklumat dan idea bersama. Menurut Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007) , mereka menerangkan bahawa  masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar sama ada satu atau kedua-dua belah telinga. Hal ini menjelaskan bahawa komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga  melalui gesture (tanda isyarat), gerak badan, "eye contact" dan ekspresi muka yang sesuai digunakan khas bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi.

Melalui perkongsian Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof telah berkongsi pengalamannya sendiri mempelajari dan mementingkan penguasaan bahasa isyarat. Prof telah mempelajari bahasa isyarat sendiri tanpa mengikuti mana-mana kelas atau program. Hanya mengambil masa 2 bulan sahaja mempelajari bahasa isyarat di Twitter Prof boleh menguasai bahasa isyarat walaupun mempelajari asas bahasa isyarat sahaja. Bukan itu sahaja, Prof juga mempraktikkan dan mementingkan ilmu bahasa isyarat kepada ahli keluarganya yang lain untuk turut mempelajari bahasa tersebut bersama-sama.

Kesedaran mempelajari bahasa isyarat semakin pudar dalam kalangan masyarakat. Beliau turut menekan supaya masyarakat mempelajari bahasa isyarat walaupun cuma mempelajari asasnya sahaja. Jika kita tiada niat untuk menguasai ilmu tersebut kita akan menjadi orang yang rugi kerana tidak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan untuk mempelajari bahasa isyarat. Selain itu, Prof turut mengatakan bahawa usia bukan penghalang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut.

Oleh itu, sebagai masyarakat kita mestilah mempunyai kesedaran dalam diri sendiri untuk mempelajari bahasa isyarat agar kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan berkomunikasi dengan golongan yang menggunakannya dengan lebih rapat lagi kerana kita memahami bahasa isyarat yang mereka gunakan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

Tugasan terakhir untuk minggu ke 14. Pada kali ini Prof menyuruh kami untuk post di Instagram tentang SEPI Post saya 5 post kawan-kawan saya